Sungai Segangan ialah salah satu lokasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti pancing. Di tambahkan lagi dengan penternakan ikan dalam sangkar di sungai ini, dapat menarik perhatian para kaki pancing.
Sehubungan dengan itu, Sungai Segangan dipenghuni dengan pelbagai jenis spesis ikan, tetapi adalah menjadi daya tarikan bagi para pemancing untuk memancing di sungai ini disebabkan kehadiran ikan Temaing. Ikan Temaing yang dikenali sebagai ikan siakap merah ini agak mahal di pasaran sehingga mencecah RM30.00 sekilo.
Pada tarikh 23 September 2011, kami bertolak ke Segangan untuk melakukan trip pancing Sungai Segangan. Tiba sahaja di lokasi saya berasa terkejut dan tidak menyangka bahawa Sungai Segangan sebenarnya lebar dan luas.Tanpa memperlengahkan masa lagi, kamipun mengatur langkah untuk melakukan aktiviti pancing dengan menaiki bot.
Sedikit sebanyak paparan yang dapat dikongsikan sepanjang kami di Sungai Segangan...
Ikan Temaing yang di tewaskan dengan menggunakan pancing rawai.
Melalui paparan gambar hasil tangkapan yang diperolehi oleh pakcik ini, membuktikan Sungai Segangan ialah sungai yang akan menghasilkan kepuasan kepada para pemancing.
Sedikit sebanyak paparan kami sepanjang aktiviti trip pancing di Singai Segangan.
Bertolak ke destinasi.
Paparan keadaan waktu pagi di kawasan sangkar ikan.
IKAN TEMAING
Ikan Temaing yang berjaya di jinakkan oleh Victor agak pucat disebabkan bekalan
ice batu yang tidak mencukupi.
Inilah hasil yang kami perolehi sepanjang aktiviti trip pancing di Sungai Segangan
To Be Continued...