Thursday, 8 September 2011

Jeti Merabung/Jeti Black

Jeti Merabung ataupun dalam nama lainnya ialah "Jeti Black", adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan kepada para pemancing di sekitar kawasan Tungku.
   Jeti Merabung juga merupakan salah satu kawasan yang menjadi tempat pemunggahan hasil tangkapan ikan daripada bot-bot nelayan. Selain itu, adalah menjadi salah satu tumpuan kepada para pemancing di Jeti Merabung ialah berpunca daripada kehadiran anak ikan Alu-alu yang agak banyak di sekitar Jeti Merabung.


Kehadiran kumpulan anak ikan Alu-alu mengundang kepada kehadiran 
ikan pemangsa seperti Ikan GT, Ikan Talang, Ikan Kerapu, Ikan Tabung, Ikan Alu-alu,  Ikan Pari, Ikan Yu dan Ikan Siakap Merah...

Sedikit sebanyak paparan gambar yang anda boleh lihat hasil tangkapan ikan yang kami perolehi di Jeti Merabung: 

 Anak Ikan Alu-Alu
 Anak ikan Alu-alu yang bilangannya sangat banyak yang menjadi daya tarikan para pemancing di Jeti Merabung. Cara untuk mendapatkan anak ikan alu-alu hanya dengan menggunakan  4  butir mata kail yang dicantumkan menjadi 1 yang dikenali sebagai Sabit dikalangan kaki pancing.

Ikan Talang 6.5 kilo dapat ditumpaskan dengan menggunakan Popper di Jeti Merabung.
Ini adalah hasil tangkapan pertama saya iaitu ikan Talang 6.5 kilo di Jeti Merabung. Dengan menggunakan Joran dan popper yang dimiliki oleh Rexjulis(Piey) salah satu daripada crew Tungku Fishing Trip.


Ikan Talang 7 Kilo di ditewaskan dengan menggunakan Umpan anak ikan Alu-alu hidup di Jeti Merabung.
Ikan Talang 7 Kilo dapat dijinakkan oleh Axcel dengan menggunakan umpan anak ikan Alu-alu hidup.


 

No comments:

Post a Comment