Tuesday 23 August 2011

Tambisan Area

Tambisan adalah salah satu lokasi yang sangat sesuai bagi para pemancing. Dengan berciri laut yang berbatu karang, ianya juga menjadi habitat kapada hidupan laut dan akan menjanjikan hasil pancing yang memuaskan kapada para pemancing.

Aktiviti pancing boleh dilakukan dijeti ataupun dengan menyewa bot nelayan.





Sedikit sebanyak paparan hasil yang kami perolehi di laut Tambisan...

Area Jeti Tambisan




Area Laut Dalam Tambisan
Pada tarikh 9 Julai 2011, kami "Crew Tungku Fishing Trip"  melakukan aktiviti pancing area laut dalam Tambisan dengan menyewa sebuah bot nelayan yang bernilai RM350 sewa dari jam 12.30pm - 8.00am.
   Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke destinasi. Seramai 10 orang ahli Crew Tungku Fishing Trip yang menyertai aktiviti pancing area laut dalam Tambisan dengan menaiki bot nelayan. Mungkin hari itu nasib kami agak tidak baik, kerana dalam keadaan laut yang bergelora(Kuat Ombak) agak sukar untuk melakukan aktiviti pancing.


Dalam perjalan pun kami sempat lagi melakukan sesi photo...

Hasil yang kami perolehi
To Be Continued...

Monday 22 August 2011

Sungai Dengan Area

Sungai Dengan terletak di kampung Dengan Tungku Lahad Datu Sabah.
Ianya juga merupakan salah satu lokasi yang sesuai bagi para pemancing
untuk melakukan aktiviti memancing.

Ikan biasa di pancing area Sungai Dengan ialah:
1. Ikan Siakap Merah
2. Ikan Kerapu
3. Ikan Tabung
4. Ikan Pari
5. Ikan Sembilang

Antara umpan yang biasa di gunakan ialah Udang, ikan basung, ikan belanak dan ikan talapia hidup. Selain itu, anda juga boleh lihat sedikit sebanyak hasil tangkapan pancing yang kami diperolehi di Sungai Dengan.





Sedikit sebanyak paparan gambar hasil tangkapan pancing yang kami perolehi yang menjanjikan pulangan yang memuaskan...

PERHATIAN: 
Kepada para pemancing seharusnya mengutamakan keselamatan ketika memancing di kawasan sungai, terutamanya ketika ingin membasuh tangan di tebing sungai, kerana kebanyakan sungai dipenghuni BUAYA...